Friday, November 17, 2006

Pastikan - Siti Nurhaliza

http://www.youtube.com/watch?v=B7adwKPc--M&search=siti%20nurhaliza%20pastikan

PASTIKAN

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Thursday, November 16, 2006

Persidangan UMNO - 14/11/2006


Menyingkap kata-kata mutiara penuh makna daripada YB Dato ' Seri Hishamuddin Hussein Onn terutama bangsa MELAYU.

Angkut-Angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah,
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tak kan berubah.

Dalam ucapan lebih sejam itu, beliau juga menggunakan sebuah pantun lama bagi mengecam segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menghina dan menuduh dasar kerajaan serta parti untuk menutup kelemahan dan tembelang sendiri.

Anak dagang dari seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.

Bagi menyatakan komitmen Pemuda memperjuangkan bahasa Melayu, beliau menyampaikan pantun berikut:

Ramai sudah orang Kampuchea,
Datang mendadak merayu-rayu
Jangan mudah berbangsa Malaysia
Selagi tidak berbahasa Melayu

Hishammuddin juga bermadah seloka ketika membangkitkan isu kepemimpinan, amanah, salah guna kuasa, kekuasaan Melayu serta ganguan dalam kepemimpinan.

Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali tikam belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.

Tuah kain pada tenunnya,
Tuah pemimpin pada santunnya;
Tuah kayu elok buahnya,
Tuah Melayu elok maruahnya;
Elok kain elok raginya,
Elok pemimpin elok negerinya.

Bila kain sudah koyak,
Bila dipakai aib tersingkap,
Bila pemimpin sudah rosak,
Bila dipakai umat menghidap,

Bila kain sudah lapuk,
Bila dipakai tentulah koyak,
Bila pemimpin akhlaknya buruk,
Aib terburai umat bergasak.

Beliau juga mengajak perwakilan merenung sejenak kata-kata terakhir bekas Ketua Pemuda, Tan Sri Syed Jaafar Albar pada satu perjumpaan Pemuda di Muar, Johor pada 1977 beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“...perjuangan Umno seluruhnya dan khasnya Pemuda yang menerima pusaka daripada orang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa saja."
“Dalam perjuangan kita mestilah serius. Selain serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur."

Wednesday, November 15, 2006

Salam Aidilfitri

Aksi-aksi Danish semasa menyambut aidilfitri yang pertama. Walaupun danish tak faham apa itu raya, tapi raut wajahnya memberi seribu makna padanya...

p/s: banyak danish dapat duit raya utk tahun pertama. muaaaahhhhhh.....