23/04/2006 (Ahad)Pukul 3 pagi, aku terasa nak buang air kecik. So, aku ke tandas. Masa nie la aku rasa mcm sakit senggugut dan masa nie la aku kuar tanda. Tanda aku adalah darah. Tak banyak la. Mcm seketul darah sebesar jari manis. So, apa lagi, aku kejutkan hubby bgtau dah kuar tanda. Then, dia bgn terus kejutkan mak mertua. Tak nampak dia panik, aku pun tak panik. Sebelum gie spital, dia solat sunat dulu. Pastu dia suh minum air selusuh (org kata utk senang beranak). Aku minum seteguk jek.
Dlm pukul 3.30pg, br la bertolak ke spital. Sejuk suasananya. Almaklum la, pagi hari. Sampai jek kat Hospital Besar Batu Pahat, terus ke unit kecemasan. Terus di bawa ke bilik bersalin. Masuk jek kat situ, terus diperiksa 'jln kuar'. Aku tak tau la bape. Tp, rasanya mcm 7cm. Hehehehe.... Masa nie la aku rasa nak marah jek kat nurse tuh. Sakit woooooo..... Masa aku sampai nie, ada amoi sorang. Pun tunggu nak bersalin. Dia masuk dulu pd aku.
Pastu, diberi baju color pink. Ala baju rasmi utk ibu bersalin. Heheheh. Mak oiiii...besonyer baju!! Tp, sebenarnya baju tuh tak beso, aku jek yg kecik. Hahahahaa...Sabo jek la. Then, direhatkan la kat atas katil. Unit nombor bape pun aku tak ingat. Masa nie, dimasukkan air dan diletakkan alat utk dgr jantung baby kat perutku ini. Kuat bunyinya. Bak kata kiah mcm kena gerudi. Hahahahaha..... Ubat tahan sakit pun aku tak ingat dicucuk atau tak. Hikhikhik.
Masa, baring2 nie tunggu 'jln kuar' beso sket, aku tgk jam kat dinding dah pkul 4 lbh. Bila la plak aku nak bersalin nie. Masa nie, siap borak ngan nurse lagi. Sakit dtg kejap2...tp dah acapkali. Siap dia tanya, keje kat mana, ngape org trg jauh merantau la... BP duk kat mana, hubby keje kat mana, bla bla bla...
Dlm pkul 5 lbh, aku masih dgr azan subuh. Masa nie aku dah duk sorang2. Nurse dah ke tpt lain.Time ini la, aku rasa sudah bermula sakitnya. Pegang besi kiri, tak kena. Pegang besi kanan pun tak kena. Amoi tadi pun menjerit2 sakit..Satu masa aku jerit panggil nurse... "Nurse!!!!Sakit!!!!!!!" Nurse tuh pun jawab, "memangla nak bersalin sakit. Sabar la. Byk baca2 ayat Quran". Sakit nie disebabkan kepala baby menolak-nolak ke bawah. Nak kuar. Ibarat sebiji bola nak dikeluarkan drp lubang yg kecik. Waaaaaaa...
Tak sampai 10 minit, nurse dtg kat katil aku. Dia tgk progress aku. Masa nie dlm pkul 6.15pg. Dia tanya aku, husband ada ke tak? Aku jwb ada kat luar. So, dia panggilkan hubby suh masuk. Masa nie aku dah meneran nak kuarkan baby. Dan, baby aku pun aktif nak kuar cepat. Asyik menolak jek ke bwh. Beberapa minit kemudian, hubby masuk. Aku nampak muka dia, masa dia pegang tgn aku, terus baby ku keluar. Masa tuh, hubby bacakan ayat2 suci Al-Quran. Selepas kuar baby, leganya yang amat sgt!!! Alhamdulillah... Aku selamat melahirkan bayi lelaki pd jam 6.25pg. Yg paling terkejut apabila hubby bgtau kami dpt anak lelaki!!! Aik, scan bkn main kata anak pompuan. Bkn skali scan nya, beberapa kali jugak!!! Tp, apapun alhamdulillah, baby ku sihat walafiat.... Selepas dicuci, baby diletakkan di dadaku, dan hubby melaungkan azan ke telinganya. Selepas diazankan, hubby kuar n baby dipakaikan baju oleh nurse.
Selepas selamat bersalin, satu lagi kena tempuh ialah masa jahitan. Hikhikhik... sedar plak tuh... Mak oiiii.... sabo jek la... Senyum dlm tangisan...(",)
Selepas siap jahit, cuci n salinkan baju oleh nurse pelatih, aku pun dihantar ke wad bersalin. Masa tuh, baby dipangkuan ku. Kuar dr bilik bersalin, first aku nampak adalah husbandku. Then, baru la aku tgk mak mertua ku... Sejuk sket hati tgk hubby...
Masa kat wad, baru la ku tahu keadaan sebenar babyku. Beratnya hanya 2.74kg. Setimpal la dgn badanku yg kecik ini. Masa nie dia tak nangis sgt. Diketuk kakinya pun susah nak kuar suara kuat!!! Tinggallah aku kat spital satu mlm jugak. So, tugas aku skrang bg susu jek kat baby. Sorang2 plak tuh. Hubby mana leh tunggu... Dah la bawah pun sakit. Pandai2 la nak wat camner...
So, itulah pengalaman semasa melahirkan baby pertamaku. Kalau org tanya sakit tak, aku confirm jwb sakit. Tp, ikut pd org la. Ada yg sakit tp mudah bersalin. Ada yg sakit dan susah bersalin dsb... Ikut rezeki masing-masing...