Friday, November 17, 2006

Pastikan - Siti Nurhaliza

http://www.youtube.com/watch?v=B7adwKPc--M&search=siti%20nurhaliza%20pastikan

PASTIKAN

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Thursday, November 16, 2006

Persidangan UMNO - 14/11/2006


Menyingkap kata-kata mutiara penuh makna daripada YB Dato ' Seri Hishamuddin Hussein Onn terutama bangsa MELAYU.

Angkut-Angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah,
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tak kan berubah.

Dalam ucapan lebih sejam itu, beliau juga menggunakan sebuah pantun lama bagi mengecam segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menghina dan menuduh dasar kerajaan serta parti untuk menutup kelemahan dan tembelang sendiri.

Anak dagang dari seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.

Bagi menyatakan komitmen Pemuda memperjuangkan bahasa Melayu, beliau menyampaikan pantun berikut:

Ramai sudah orang Kampuchea,
Datang mendadak merayu-rayu
Jangan mudah berbangsa Malaysia
Selagi tidak berbahasa Melayu

Hishammuddin juga bermadah seloka ketika membangkitkan isu kepemimpinan, amanah, salah guna kuasa, kekuasaan Melayu serta ganguan dalam kepemimpinan.

Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali tikam belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.

Tuah kain pada tenunnya,
Tuah pemimpin pada santunnya;
Tuah kayu elok buahnya,
Tuah Melayu elok maruahnya;
Elok kain elok raginya,
Elok pemimpin elok negerinya.

Bila kain sudah koyak,
Bila dipakai aib tersingkap,
Bila pemimpin sudah rosak,
Bila dipakai umat menghidap,

Bila kain sudah lapuk,
Bila dipakai tentulah koyak,
Bila pemimpin akhlaknya buruk,
Aib terburai umat bergasak.

Beliau juga mengajak perwakilan merenung sejenak kata-kata terakhir bekas Ketua Pemuda, Tan Sri Syed Jaafar Albar pada satu perjumpaan Pemuda di Muar, Johor pada 1977 beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“...perjuangan Umno seluruhnya dan khasnya Pemuda yang menerima pusaka daripada orang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa saja."
“Dalam perjuangan kita mestilah serius. Selain serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur."

Wednesday, November 15, 2006

Salam Aidilfitri

Aksi-aksi Danish semasa menyambut aidilfitri yang pertama. Walaupun danish tak faham apa itu raya, tapi raut wajahnya memberi seribu makna padanya...

p/s: banyak danish dapat duit raya utk tahun pertama. muaaaahhhhhh.....

Friday, August 11, 2006

Secebis Harapan - NORA

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......

Wednesday, July 12, 2006

Gambar Danish lagi...


Ini masa Danish umurnya 23 hari. Kat mukanya byk ruam. Sian anak mama. Tp, dah pandai senyum masa nie.. Dan kuning pun dah takde. Alhamdulillah, sihat anak mama...

Tuesday, July 11, 2006

Muhammad Danish Danial Bin Muhammad Noor


Ini dia baby kesayanganku. Gambo nie diambil masa umurnya 7 hari. Masa nie kat spital sbb nak check kuningnya. Awal2 dia ada kuning jugak...

Pengalaman Bersalin (Part 3)

23/04/2006 (Ahad)
Pukul 3 pagi, aku terasa nak buang air kecik. So, aku ke tandas. Masa nie la aku rasa mcm sakit senggugut dan masa nie la aku kuar tanda. Tanda aku adalah darah. Tak banyak la. Mcm seketul darah sebesar jari manis. So, apa lagi, aku kejutkan hubby bgtau dah kuar tanda. Then, dia bgn terus kejutkan mak mertua. Tak nampak dia panik, aku pun tak panik. Sebelum gie spital, dia solat sunat dulu. Pastu dia suh minum air selusuh (org kata utk senang beranak). Aku minum seteguk jek.
Dlm pukul 3.30pg, br la bertolak ke spital. Sejuk suasananya. Almaklum la, pagi hari. Sampai jek kat Hospital Besar Batu Pahat, terus ke unit kecemasan. Terus di bawa ke bilik bersalin. Masuk jek kat situ, terus diperiksa 'jln kuar'. Aku tak tau la bape. Tp, rasanya mcm 7cm. Hehehehe.... Masa nie la aku rasa nak marah jek kat nurse tuh. Sakit woooooo..... Masa aku sampai nie, ada amoi sorang. Pun tunggu nak bersalin. Dia masuk dulu pd aku.
Pastu, diberi baju color pink. Ala baju rasmi utk ibu bersalin. Heheheh. Mak oiiii...besonyer baju!! Tp, sebenarnya baju tuh tak beso, aku jek yg kecik. Hahahahaa...Sabo jek la. Then, direhatkan la kat atas katil. Unit nombor bape pun aku tak ingat. Masa nie, dimasukkan air dan diletakkan alat utk dgr jantung baby kat perutku ini. Kuat bunyinya. Bak kata kiah mcm kena gerudi. Hahahahaha..... Ubat tahan sakit pun aku tak ingat dicucuk atau tak. Hikhikhik.
Masa, baring2 nie tunggu 'jln kuar' beso sket, aku tgk jam kat dinding dah pkul 4 lbh. Bila la plak aku nak bersalin nie. Masa nie, siap borak ngan nurse lagi. Sakit dtg kejap2...tp dah acapkali. Siap dia tanya, keje kat mana, ngape org trg jauh merantau la... BP duk kat mana, hubby keje kat mana, bla bla bla...
Dlm pkul 5 lbh, aku masih dgr azan subuh. Masa nie aku dah duk sorang2. Nurse dah ke tpt lain.Time ini la, aku rasa sudah bermula sakitnya. Pegang besi kiri, tak kena. Pegang besi kanan pun tak kena. Amoi tadi pun menjerit2 sakit..Satu masa aku jerit panggil nurse... "Nurse!!!!Sakit!!!!!!!" Nurse tuh pun jawab, "memangla nak bersalin sakit. Sabar la. Byk baca2 ayat Quran". Sakit nie disebabkan kepala baby menolak-nolak ke bawah. Nak kuar. Ibarat sebiji bola nak dikeluarkan drp lubang yg kecik. Waaaaaaa...
Tak sampai 10 minit, nurse dtg kat katil aku. Dia tgk progress aku. Masa nie dlm pkul 6.15pg. Dia tanya aku, husband ada ke tak? Aku jwb ada kat luar. So, dia panggilkan hubby suh masuk. Masa nie aku dah meneran nak kuarkan baby. Dan, baby aku pun aktif nak kuar cepat. Asyik menolak jek ke bwh. Beberapa minit kemudian, hubby masuk. Aku nampak muka dia, masa dia pegang tgn aku, terus baby ku keluar. Masa tuh, hubby bacakan ayat2 suci Al-Quran. Selepas kuar baby, leganya yang amat sgt!!! Alhamdulillah... Aku selamat melahirkan bayi lelaki pd jam 6.25pg. Yg paling terkejut apabila hubby bgtau kami dpt anak lelaki!!! Aik, scan bkn main kata anak pompuan. Bkn skali scan nya, beberapa kali jugak!!! Tp, apapun alhamdulillah, baby ku sihat walafiat.... Selepas dicuci, baby diletakkan di dadaku, dan hubby melaungkan azan ke telinganya. Selepas diazankan, hubby kuar n baby dipakaikan baju oleh nurse.
Selepas selamat bersalin, satu lagi kena tempuh ialah masa jahitan. Hikhikhik... sedar plak tuh... Mak oiiii.... sabo jek la... Senyum dlm tangisan...(",)
Selepas siap jahit, cuci n salinkan baju oleh nurse pelatih, aku pun dihantar ke wad bersalin. Masa tuh, baby dipangkuan ku. Kuar dr bilik bersalin, first aku nampak adalah husbandku. Then, baru la aku tgk mak mertua ku... Sejuk sket hati tgk hubby...
Masa kat wad, baru la ku tahu keadaan sebenar babyku. Beratnya hanya 2.74kg. Setimpal la dgn badanku yg kecik ini. Masa nie dia tak nangis sgt. Diketuk kakinya pun susah nak kuar suara kuat!!! Tinggallah aku kat spital satu mlm jugak. So, tugas aku skrang bg susu jek kat baby. Sorang2 plak tuh. Hubby mana leh tunggu... Dah la bawah pun sakit. Pandai2 la nak wat camner...
So, itulah pengalaman semasa melahirkan baby pertamaku. Kalau org tanya sakit tak, aku confirm jwb sakit. Tp, ikut pd org la. Ada yg sakit tp mudah bersalin. Ada yg sakit dan susah bersalin dsb... Ikut rezeki masing-masing...

Pengalaman Bersalin (Part 2)

22/04/2006 (Sabtu)
Bgn pagi cam biasa, sembahyang subuh n tido semula. Pastu sarapan. Hehehe...rutin biasa. Mcm la korang tak mcm tuh kan... Hahahahaha.....

Hari nie program ngan hubby format n assembler PC. Dah lama tak bukak Unit Sistem. So, siap lap2 la jugak. Masa nie, aku slalu rasa lenguh2 pinggang. Maybe duk bersila lama sgt kot...
Ptg nyer, aku dah ada tanda. Mak aku ckp tanda 'makanan bayi'. Tapi, aku tak rasa sakit pun. Aku bgtau kat hubby, dia tanya nak gie spital ke idak? aku kata taknak lg sbb aku tak rasa sakit pun. Cuma, sekejap2 mcm lenguh pinggang n baby aktif gerak.

Mak mertua aku pun sibuk tanya aku nak gie spital ke tak, dia takut aku tak sempat bersalin kat spital kot. Hehehhee...kaget jugak. Sampai la ke mlm, aku masih bertahan. Tp, lepas magrib nie la, aku rasa sakit lain mcm. Tp, tak lama. Kejap2 jek... So, aku rest kan bdn ngan tido jek... Tapi, aku dah rasa, mcm dah tiba masa nak bersalin. So, tunggu.....

Monday, July 10, 2006

Pengalaman Bersalin (Part 1)

Assalamualaikum buat kekawan...

First of all, thanks coz doakan kesejahteraan idupku semasa dlm pantang. Dah selamat pun berpantang dan mengalami kesakitan semasa bersalin. Hehehehe... Alhamdulillah, sumer selamat atas berkat doa kawan2....

Nie aku nak citer pengalaman semasa nak bersalin. Aku dijangka bersalin pd 29/4/2006. Itu adalah tarikh jangkaan mengikut tarikh 'period' terakhir. Dan satu lagi tarikh adalah 10/5/2006 mengikut 'scan'. Namun, ikut ramalan mak aku kat Trg dia kata maybe cepat seminggu. So, prepared jek la..

21/4/2006 (Jumaat)
Cam biasa, aku akan pulang ke BP. Umah mak mertua. Hari minggu katakan. So, sampai kat Parit Raja, sempat singgah mkn yong tau fu, n sempat survey beli play station. Konon nak main masa dlm pantang. Berangan konon! Hehehehhee
So, mlm tuh, try la main ngan hubby. Siap gelak2 beso lagi... Blm sakit katakan...