Tuesday, October 07, 2008
Tuesday, September 30, 2008
SELAMAT HARI RAYA
1 Syawal bakal menjelma. Dikesempatan ini diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan-rakan dan pelayar blog. KEMAAFAN dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika tersilap tingkahlaku dan terkasar bahasa..
PADA SEMUA, SEMOGA SINARAN AIDILFITRI MENYINARI DI HARI MULIA INI...
Thursday, September 25, 2008
Kuih Raya Dan Kerepek
Perbelanjaan untuk biskut raya dan kerepek.
- Karipap Mini (100) - RM 13.00
- Biskut Krystal (50) - RM 15.00
- Puteri Salji (50) - RM 15.00
- Biskut Makmor (100) - RM36.00
- Tart Bunga (50) - RM18.00
- Biskut Coklat (50) - RM18.00 (**tak tau nama sebenar. Hehehe)
- Kerepek - RM99.75 (**macam-macam ada)
Dan jumlah keseluruhan untuk makanan sahaja ialah RM214.75. Itu tak termasuk yang hubby beli lagi. Lagi satu kerepek yang banyak sangat tuh bukan kat umah aku jek, untuk family aku kat Ganu nung.....
**ANTARA BISKUT RAYA YANG AKAN DIJAMU. SO, APA LAGI, DATANG LA BERAYA KAT TERATAK HAMBA... (",)
Wednesday, September 05, 2007
Second Handphone (",)
Gumbira hati ini kerna aku dapat handphone baru. Tp, tak la mahal mcm hp yg pertama. Ini adalah second hanphone utk line kedua aku. Aku pakai 012 ngan 013 sebelum ni. Yang SEDIH nyer, hubby aku belikan hp ini beserta ngan line 019 la plak. Uwwwaaaaa...dah kena tuko no lagi.. taknak guna takut kecik hati. So, ikut jek la semata² utk dpt hp baru tuh... hikhikhik... Apapun terima kasih utk suami tercinta kerana memahami aku utk ada dua hp.. (baik² tuh ada makna tuhhhhh....) hahahaha... :-) Tapi, utk line 012 masih kekal sampai bila² yerk...
CUBA TEKA APAKAH JENAMA HP INI?
Tuesday, August 21, 2007
CINTA IBARAT MENUNGGU BAS
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, ”Eee… penuhnya… takde tempat duduk. ” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee…bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm…. takde air-cond…cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.”
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah.
Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?
Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelakipun samalah) mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?
Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta !!..
OrAnG YaNg KiTa SaYaNG...
Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…
Friday, November 17, 2006
Pastikan - Siti Nurhaliza
http://www.youtube.com/watch?v=B7adwKPc--M&search=siti%20nurhaliza%20pastikan
PASTIKAN
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
PASTIKAN
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
Thursday, November 16, 2006
Persidangan UMNO - 14/11/2006

Menyingkap kata-kata mutiara penuh makna daripada YB Dato ' Seri Hishamuddin Hussein Onn terutama bangsa MELAYU.
Angkut-Angkut terbang ke langit,
Mati disambar anak merbah,
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tak kan berubah.
Mati disambar anak merbah,
Tertangkup bumi dengan langit,
Setia kita tak kan berubah.
Dalam ucapan lebih sejam itu, beliau juga menggunakan sebuah pantun lama bagi mengecam segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menghina dan menuduh dasar kerajaan serta parti untuk menutup kelemahan dan tembelang sendiri.
Anak dagang dari seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.
Bagi menyatakan komitmen Pemuda memperjuangkan bahasa Melayu, beliau menyampaikan pantun berikut:
Ramai sudah orang Kampuchea,
Datang mendadak merayu-rayu
Jangan mudah berbangsa Malaysia
Selagi tidak berbahasa Melayu
Hishammuddin juga bermadah seloka ketika membangkitkan isu kepemimpinan, amanah, salah guna kuasa, kekuasaan Melayu serta ganguan dalam kepemimpinan.
Adat memegang kepercayaan orang,
Jangan sekali tikam belakang;
Adat memegang kekuasaan,
Jangan sekali merosak-binasakan;
Adat memegang kebebasan,
Jangan sekali lupa batasan.
Tuah kain pada tenunnya,
Tuah pemimpin pada santunnya;
Tuah kayu elok buahnya,
Tuah Melayu elok maruahnya;
Elok kain elok raginya,
Elok pemimpin elok negerinya.
Bila kain sudah koyak,
Bila dipakai aib tersingkap,
Bila pemimpin sudah rosak,
Bila dipakai umat menghidap,
Bila kain sudah lapuk,
Bila dipakai tentulah koyak,
Bila pemimpin akhlaknya buruk,
Aib terburai umat bergasak.
Beliau juga mengajak perwakilan merenung sejenak kata-kata terakhir bekas Ketua Pemuda, Tan Sri Syed Jaafar Albar pada satu perjumpaan Pemuda di Muar, Johor pada 1977 beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“...perjuangan Umno seluruhnya dan khasnya Pemuda yang menerima pusaka daripada orang tua sekarang ini, adalah satu perjuangan yang amat sulit, amat berat dan tidak boleh diambil secara sambil lewa saja."
“Dalam perjuangan kita mestilah serius. Selain serius, dalam keadaan serius kita juga, kita mestilah jujur."
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

