Tuesday, July 05, 2005

Cerita Lawak Pendek- Part 1

Siapa menjumpai Austaralia?
Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?
Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!

Pak Pandir dan Wartawan
satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir. Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe. Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami... 5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini... dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan.... dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Temuduga warden
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.
Pegawai :Awak ada pengalaman ke?
Pemuda :Tak ada.
Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle?
Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!

Cuti Sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...

Parti
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat. "Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya" kata Hamid kepada Wahub. "Baguslah tu. Habis kenapa pulak yang kau bersedih ni?" tanya Wahub. Jawab Hamid, "Saya tidak dijemput..."

Tipah Terlampau yang Terlanjur

Ada seorang gadis tinggal kat kampung Sungai Ara kat Bayan Lepas..dia tinggal dengan mak nyer sajer.... keluarga lain tak der..tak tau ler pasal aper...budak perempuan nie lak... boleh lar dikatakan cantik gak... suma budak2 kampung tu try nak tackle dia....tapi dia tak layan..sebab dia dah ader boyfriend satu tempat keje... Pastu ader ler satu mamat India nie kat kampung tu dia syok giler kat minah nie.. sampai satu hari tuh dia cakap walau apa pun terjadi...dia tetap nak kat minah nie...Satu hari mamat nie (dia jual kuih ngan goreng pisang kat simpang kampung tuh) tunggu ler minah nie balik keje... ( budak nie keje kat satu kilang electronik kat Bayan lepas). Bila dia nampak minah nie balik dia tahan ler minah tu...pastu dia bagik kuih karipap ngan goreng pisang kat minah tu..mula2 minah tu tak ndak..tapi last2 dia amik gak..pasal ader ramai org tengok mamat tuh merayu2 kat dia...dia pun naik segan... bila balik rumah...minah tu pun makan ler karipap yang mamat tu bagiks..bila abis jer dia makan tiba2 dia rasa sakit perut... sakit giler...berguling2 minah tuh atas lantai...Agak agak sakit nya dah reda dia pun turun tangga ...dengan suara terketar ketar ... dia cakap kat mak dia "Mak...sakit perut....." kata minah tuh dengan muka yang agak pucat....Mak dia pun jawap mak dia cakap nak tau apa mak dia cakap???
"Orang sakit perut, tak boleh makan maggie......" bila dia dengar mak dia cakap macam tuh cepat2 minah tuh jawap balik.."Dah baik makkkk"
Sekian,
Cerita ini di taja oleh Mee Maggi,Cepat Di Masak Sedap Di Makan ..

Monday, July 04, 2005

Teristimewa Untuk JEAN

Puisi : Teman Redhalah Dengan Perpisahan
Teman,
maafkanlah diriku ini
sememangnya hati ini berat
untuk meninggalkanmu hati ini begitu susah untuk melupakan mu
kerana dirimu adalah
kawanku, sahabatku dan jua temanku
Teman
walaupun hanya seketika kita bersama
melayari hidup dalam alam persahabatan
seiring melangkah menuju gerbang impian
namun kenangan yg terpalit
tak dapat kulupakan
kerna hadirmu ......
membawa cahya menerangi kegelapan
membawa sinar kebahagiaan
yang bisa merawat luka dijiwa ini
Teman
terima kasih diatas segalanya
diatas segala pertolonganmu
diatas segala nasihatmu
dan jua diatas segala kata2 semangatmu
kerna semua itu
aku hari ini bakal pergi meninggalkanmu
Teman
jgn kau tangisi perpisahan ini
kerna tanpa perpisahan
manusia x kan kenal erti kerinduan
dan mengertilah.......
perpisahan yg terjadi ini
adalah ketentuan daripadaNya
mungkin ada hikmah yg besar tersembunyi disebalik semua ini

(Petikan: www.melayu.com)

Muhammad Nakir Aiman


Ini anak buah kita. Tak ada anak sendiri letak gambar anak buah dulu la. Tgk la tahun depan. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki. Posted by Picasa