Thursday, August 18, 2005

special post..

nakir, tido ke wat pe tuh?? :-)
ala, comey yerk senyum...Muuuaaaaahhhhh

Wednesday, August 17, 2005

DOA BULAN REJAB

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Lawak: Anak Mak

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut.Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapatanak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuhdiri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Friday, August 12, 2005

view istimewa

Tgk gambo nie, cute kan kucing tuh... Saling tolong menolong... :-))

LELAKI yang BAIK untuk WANITA yang BAIK??

Soalan,
Seperti yang lazimnya saya ketahui,dan semua orang ketahui,bahawa seorang lelaki yang baik dipasangkan dengan yang baik,begitu juga perempuan,manakala lelaki yang jahat pula dipasangkan dengan perempuan yang jahat,begitu juga dengan perempuan yang jahat. Disini saya timbul sedikit keraguan mengenai perkahwinan tersebut, tidakkah lelaki atau perempuan yang jahat sudah insaf dan bertaubat mesti kawin dengan orang seperti mereka sebelum insaf dan bertaubat, tidak kah mereka akan berkahwin dengan orang yang baik supaya lebih dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah?
Ingin tahu,
Abang C:
Jawapan,
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir'aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A'lam.Prof Madya Mazanah bt Daud