Monday, June 27, 2005

Wajah (Bersamamu-TV3)

Tajuk : Wajah
Penyanyi : Jaclyn Victor
Komposer : Othman Mohamad
Lirik : Habsah Hassan
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

Kuku = Personaliti anda??

1.Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.
2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.
3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.
4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.
5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.
6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.
7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.
8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.
9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.
11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.
12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.
13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.
14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Wednesday, June 22, 2005

Sakit!Sakit!Sakit....

Uuuuwwwwwaaaaaa.....
Tekak aku sakit. Nak cakap pun susah. Org tak tau mcmana sakitnyer tekak aku nie. Hari nie kena gelakkan org jek. Takpe, hari nie hari kita, esok lusa hari korang jugak. Kita doa nie... Doa isteri makbul tau... ermmmm nak sebut 'amin' ke?

Kenangan Manis


Akhirnya dpt jugak masukkan gambo kawin nie wpun dah 2 bln 1 hari tarikh hari ini ...Tp ok lg la kan drp kak olin dah setahun lebih...hikhikhik... Posted by Hello

Monday, June 20, 2005

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan
Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya".
( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia
berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK
SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG
CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK
CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..

KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA
ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Thursday, June 09, 2005

SAVVY


Inilah kereta proton baru namanya SAVVY. Cantik tak? Mana cantik ngan MyVi? Harganya dlm area rm40,000 ke atas. Posted by Hello

Keje keje keje

Hari nie masuk keje semula. 2 hari cuti gie KL. Best cuti. Hehehehehe... 2 hari kat sana, 2 buah hotel aku jelajah. Punya la penuh cuti sekolah nie. Satu aku kat Residence Hotel Uniten, dan satu lg kat Palm Garden Hotel Putrajaya. Nasib baik hubby org gomen. Dpt la diskaun sket. Kalu tak bengkok aku.
Yg tak best nyer, gie exam PTD. Soalan susah sket dr yg dulu. Ditambah plak 2 bahagian lg iaitu sahsiah ngan minat. Byk siul soalan dia. Jenuh nak menjawab nyer. Nak kata success exam nie, doa jek la. Tp, cam gagal lg la plak. Tensen la. Asyik exam-gagal. Exam-gagal. Apa laaaaa...Otak dah tepu agaknyer... :-)

Monday, June 06, 2005

Peksa PTD

UUUwwwwaaaaa....
Esok kena ngadap paper exam. 2 hari plak tuh. Takut gilosss. Dah la tak baper studi. Tu la sapa suh mintak PTD kan..hehehehe..
Ikutkan hati mana la minat nak pegi. Tp hubby plak suh pegi. Ikut jek la. Klu berjaya nanti dia plak asyik kena tinggal. Kuakuakuakua...
Untuk member-member doa-doakan gue yerk..Moga success...
And don't miss me ok... Only 2 days. hehehehee

Friday, June 03, 2005

Riwayat Cinta - Misha Omar

Gerhana
Yang melanda
Seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa ohh.....

Siapa
Yang rela
Bernafas dalam derita
Membiar perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang tak terduga

Ke mana
Hilangnya keindahan
Yang ingin ku damba
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaan

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman air mata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi

Sesungguhnya
Tiada jalan teduh untuk bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku oohh.....

~ini saya untuk hr nie...kuakuakuakua...